RUMAH produksi Malaysia, 4WARD Pictures bakal tampil menerusi sebuah filem seram terbaharu berjudul The Parcel selepas sukses dengan sebuah filem seram terdahulu iaitu Rumah Iblis.
Dibintangi oleh Atiqah Hasiholan dan beberapa bintang ternama Indonesia lainnya, The Parcel yang diarahkan oleh Andi Bachtiar Yusuf itu sudah pun memulakan penggambaran bermula 27 Julai di beberapa lokasi di Jakarta, Indonesia.
Penerbit Eksekutif 4WARD Pictures, Nashrul Nasir dan Alif Nabil ada alasan tersendiri mengapa pihaknya memilih untuk mempersembahkan filem seram di negara jiran.
“Filem horor (seram) mempunyai nilai yang besar berdasarkan kepada permintaan daripada penonton. Naskhah sedemikian masih diminati dan mudah difahami berdasarkan kepada penceritaannya.
“Malah 4WARD Pictures merasakan wujudnya persamaan budaya dan nilai antara dua negara serumpun, Malaysia dan Indonesia.
"Kami juga mendukung filem-fikem berkualiti yang ditayangkan di kedua-dua negara,” katanya.
Sependapat dengan Nashrul, Alif juga melihat Indonesia banyak menawarkan keunikan dan keistimewaan dalam konteks sebuah karya filem.
“Dari dulu kami juga sangat minat dengan filem Indonesia dan kini kembali berkesempatan untuk mencipta nama berkembangan di Indonesia,” kata Alif Nabil.
Buat ujibakat pilih pelakon
Berkongsi mengenai pemilihan Atiqah Hasiholan sebagai pelakon utama The Parcel, Nashrul menjelaskan pihaknya telah melakukan ‘reset’ dan uji bakat bagi mendukung watak yang diperlukan.
“4WARD Pictures memang mencari bintang yang mampu menyampaikan karakter utama sesuai dengan situasi dan Atiqah dilihat mampu memberikan apa yang diperlukan.
“Iaitu daripada segi ciri-ciri, imej, kriteria, fizikal selain prestasi lakonan yang dikehendaki,” katanya lagi.
Selain Atiqah Hasiholan, The Parcel turut dibarisi pelakon hebat seperti Baim Wong, Putri Ayudya dan Whani Dharmawan selain bintang Malaysia, Nora Danish dan pelakon baharu yang kian meningkat naik, Amir Ahnaf.
The Parcel mengisahkan tentang wanita bernama Radha, yang bertugas sebagai ‘photo journalist’.
Nasibnya berada di hujung tanduk susulan sebuah kes.
Atas desakan kewangan, Radha dan anak lelakinya perlu mencari sebuah rumah yang lebih murah sewanya.
Lalu, mereka mendiami sebuah rumah yang mana di dalamnya turut mempunyai sebuah bilik yang dikhaskan untuk memproses filem negatif.
Tiada jiran yang mendedahkan mengenai kisah lama pemilik rumah terdahulu sebelum mereka mendiaminya.
Misteri berlaku apabila Radha menerima satu kiriman bungkusan tanpa nama dan alamat yang jelas. Atas rasa ingin tahu, Radha membuka kiriman berkenaan.
Lalu, tercetuslah pelbagai kejadian menakutkan, antaranya jiran yang tiba-tiba ditemukan mati dalam keadaan yang dahsyat.
Mampukah Radha merungkai misteri yang berlaku? -Gempak
Gempak
Sat Jul 29 2023
The Parcel yang diarahkan oleh Andi Bachtiar Yusuf itu sudah pun memulakan penggambaran bermula 27 Julai di beberapa lokasi di Jakarta, Indonesia. -Gempak
[TERKINI] Amanat Perdana Menteri sempena Majlis Kemuncak HAWANA 2024
Saksikan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2024 dengan tema 'Etika Teras Kewartawanan Mapan' yang berlangsung di Kuching Sarawak.
Polis perlu lebih masa siasat keluarga suspek serang Balai Polis Ulu Tiram
Polis memerlukan tempoh lebih panjang untuk melakukan siasatan lanjut dan menyeluruh terhadap insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, 17 Mei lepas.
Speaker Pulau Pinang serah notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR
Speaker DUN Pulau Pinang menyerahkan notis kekosongan DUN Sungai Bakap kepada SPR berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff.
Jepun sudah beri amaran kepada Korea Utara
Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Yoshimasa Hayashi menegaskan bahawa Tokyo telah menuntut melalui saluran diplomatiknya di Beijing supaya Korea Utara membatalkan rancangan pelancaran satelit peninjau tentera terbaharunya.
Korea Selatan bersedia depani ancaman Pyongyang
Tentera Korea Selatan sudah bersedia berdepan kemungkinan sekiranya berlaku provokasi oleh Korea Utara yang dijangka akan melancarkan satelit peninjau tentera terbaharunya.
[INFOGRAFIK] Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023
Berikut adalah info berkenaan dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
13 maut di Texas, Arkansas, Oklahoma
Lebih 430,000 pelanggan utiliti terputus bekalan elektrik merentasi kawasan lapan negeri dari Texas hingga Ohio.
[INFOGRAFIK] Demografi Malaysia Suku Tahun Pertama 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan demografi Malaysia pada suku tahun pertama 2024.
Sistem kod QR akan diguna pakai di CIQ BSI, KSAB mulai 1 Jun
Sistem kaedah Kod Respons Pantas (QR) akan mula diguna pakai bagi pelepasan Imigresen di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Kompleks Sultan Abu Bakar (KS
[TERKINI] KWSP terima 2.86 juta permohonan pindah ke Akaun Fleksibel
2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan diterima dan dipindahkan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel membabitkan jumlah RM8.78 bilion.
Amir Ahnaf, Nora Danish bintangi filem seram Indonesia 'The Parcel'
Misteri berlaku apabila Radha menerima satu kiriman bungkusan tanpa nama dan alamat yang jelas. Atas rasa ingin tahu, Radha membuka kiriman berkenaan.